Terma dan Syarat


Hak cipta

Semua dokumen dan/atau atur cara-atur cara yang terdapat di tapak web ini adalah milik Sharp Telecommunications of Europe LTD dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta antarabangsa.

Anda diberikuasa oleh Sharp untuk mengopi dan mengguna dokumen dan atur cara-atur cara yang diterbitkan di tapak web ini adalah untuk penggunaan peribadi semata-mata. Notis hak cipta dan lain-lain hakmilik pemunya yang berhubung dengan dokumen-dokumen tersebut dan/atau atur cara mesti dipegang bagi setiap kopi yang diambil. Sharp tidak akan bertanggungjawab ke atas anda terhadap sebarang kerosakan, termasuk kerugian atau kehilangan data, gangguan kepada perniagaan atau sebarang kerugian penting atau tidak penting yang timbul dari kegiatan mengopi atau mengguna dokumen dan atur cara-atur cara tersebut.

Kandungan

Tapak web (dan sebarang dokumen dan atur cara yang terdapat di sini) mungkin mempunyai maklumat teknikal yang tidak tepat atau kesilapan tipografi yang akan dibetulkan menurut budi bicara kami semata-mata di mana dan bila saja ianya dijumpai. Kami juga akan menukar kandungan tapak web ini pada bila masa saja tanpa sebarang notis.

Menggunakan teknologi semasa, adalah tak mungkin untuk menunjukkan kualiti gambar dengan tepat di skrin telefon bimbit Sharp yang dipaparkan di laman web. Imej-imej skrin adalah untuk tujuan-tujuan ilustrasi. Sila minta penjual anda menunjukkan kualiti imej produk sebenar berkenaan.

Tanda niaga

“Sharp” adalah tanda niaga berdaftar Sharp Corporation, Osaka, Jepun.
Tanda niaga-tanda niaga seterusnya adalah milik pemunya masing-masing:
  • Windows, Windows 98, Windows CE, Media Player, Office, MS-DOS, ASF (Advanced Streaming Format) dan Internet Explorer adalah tanda niaga berdaftar Microsoft Corporation
  • Acrobat dan Acrobat Reader adalah tanda niaga berdaftar Adobe Corporation. Mobile Browser mempunyai tanda niaga masing-masing dari Inc.
  • T9 adalah tanda niaga Tegic.
  • Jblend adalah tanda niaga Aplix Corporation.
  • Tanda niaga dan logo Java dan yang berdasarkan Java adalah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Sun Microsystems, Inc.
  • RSA adalah tanda niaga RSA.
  • RealPlayer adalah tanda niaga berdaftar RealNetworks, Inc.
Produk-produk lain yang tersebut di sini mungkin adalah tanda niaga dan/atau tanda perkhidmatan pemunya masing-masing.

Syarat-syarat Penggunaan

Sejauh yang dibenarkan menurut undang-undang, kami menyediakan tapak web ini dan kandungan-kandungannya untuk anda berasaskan dasar “sebagai yang tersedia” dan tidak membuat sebarang perwakilan atau waranti yang berkaitan dengan tapak web ini atau kandungannya, termasuk, tanpa batasan, waranti kualiti yang memuaskan dan kesesuaian untuk tujuan yang tertentu. Kami tidak memberi waranti bahawa tapak web ini bebas dari virus atau bahan-bahan fitnah, yang menghina atau merbahaya. Selain dari ini, kami tidak mewakili atau memberi waranti bahawa maklumat yang didapati melalui tapak web ini adalah tepat, lengkap atau masakini.

Penggunaan tapak web ini oleh anda, dikuasai oleh undang-undang Inggeris dan sebarang tindakan atau peninggalan yang timbul akibat pelaksanaan pengunaan tapak web ini akan disifatkan sebagai telah berlaku di United Kingdom.
Kegiatan muat turun dan cetak dari tapak ini dibenarkan untuk penggunaan peribadi dan dalaman sahaja tapi tidak untuk tujuan komersial, di mana keizinan dari pemunya hak cipta atau pangkalan data adalah penting. Mengopi hanya dibenarkan tertakluk kepada kebenaran-kebenaran berikut:
  • Setiap halaman hanya boleh dilihat di atas skrin dan kopi boleh dibuat untuk penggunaan peribadi sahaja.
  • Sebarang pengopian dan pengedaran sebarang kandungan tapak web ini tidak dibenar sekali-kali.
  • Tapak web ini, atau sebarang bahagian darinya, termasuk (tanpa batasan) sebarang tanda niaga tidak boleh:
    -diedar atau dikopi untuk sebarang tujuan komersial;
    -diterbitkan semula di atas atau dihantar kepada atau di simpan di dalam sebarang tapak web yang lain atau sistem dapatan kembali elektronik.
    -dicapai dengan cara yang menyebabkan ianya kelihatan sebagai sebahagian dari sebarang tapak web pihak ketiga atau pangklan elektronik atau sistem dapatan kembali.

Pautan Tapak

Bahan-bahan yang boleh dicapai dari tapak-tapak yang berpaut ke tapak web ini tidak disenggara oleh kami dan kami tidak bertanggunjawab terhadap kandungan tapak-tapak tersebut. Sebarang rujukan kepada tapak yang berpaut atau sebarang produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang khusus tidak merupakan atau menunjukkan pengendorsan sebarang darinya dan anda mesti mengambil semua risiko yang berkaitan dengan tapak-tapak, produk-produk atau perkhidmatan tersebut.

Privasi

Bila anda melawat tapak web kami, anda mungkin akan diminta untuk memberi maklumat tentang diri anda (saperti nama anda, nama domain atau alamat e-mel) untuk tujuan pendaftaran tapak, promosi, keutamaan produk dan perkara-perkara yang sama. Kami mungkin akan menyimpan maklumat tersebut untuk penggunaan masa depan dan kami mungkin juga mengambil maklumat yang lain yang mungkin diperlukan untuk tujuan komersial yang lain.

Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang diambil untuk meningkatkan kefungsian tapak web ini, mengemaskinikan kandungannya menurut kehendak pengguna, memberitahu pelawat-pelawat ke tapak web kami tentang maklumat terkini, promosi, tawaran istimewa dan acara-acara yang sama. Maklumat ini mungkin juga akan dikongsi dengan organisasi pihak ketiga untuk memudahkan penghantaran kepada anda, maklumat-maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang anda mungkin minati.

Keizinan Anda

Dengan mengguna tapak web ini, anda memberi izin kepada penggunaan data anda oleh kami sebagaimana yang dihuraikan di atas. Jika anda tidak ingin dihubungi oleh kami pada masa depan mengenai berita produk baru atau promosi baru atau jika anda tidak ingin kami mengongsi maklumat yang kami ambil dengan organisasi pihak ketiga, sila jangan kemukakan data anda kepada kami.

Sila ambil perhatian bahawa maklumat yang anda beri boleh dipindahkan kepada kawasan di luar Kawasan Ekonomi Eropah. Dengan menggunakan tapak ini, anda memberi izin terhadap pemindahan tersebut.